Friday, 7 August 2015


my miss always right



“Assalamualaikum Khalil Irfan.”

“Waalaikumussalam. Ye saya, boleh saya tahu siapa ni?”

“Qisya Naazneen. Kau dah kahwin ke belum?”

“Err..belum lagi.”

“Okey lagi tiga bulan dari sekarang kita kahwin. Kau buat segala persiapan dan sila contact aku kalau ada apa-apa faham!”

“Hah! Awak serius ke ni?”

“Kau nak aku siarkan kat TV ke baru kau rasa aku serius? Kita kahwin tiga bulan dari sekarang. Sekian, assalamualaikum.” Talian diputuskan tanpa sempat aku menjawab. Biar betul!!!!!!

Nama aku Khalil Irfan, anak yatim piatu yang kini berjaya menjadi seorang jurutera mekanikal disebuah syarikat pembuatan kenderaan di ibu kota. Ibubapa aku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang berhari raya ketika aku berusia 10 tahun. Aku bernasib baik kerana aku pulang awal ke kampung mengikut atuk aku yang datang mengambil aku seminggu sebelum kejadian. Apabila umurku 12 tahun, atuk aku pula meninggal dunia dan aku dihantar oleh jiran atuk ke rumah anak-anak yatim kerana tiada penjaga yang lain.

Qisya Naazneen, budak perempuan yang selalu bagi aku pening kepala sejak dari azali lagi. Aku kenal dia di rumah anak-anak yatim. Qisya berkongsi nasib dengan aku kerana ibubapanya meninggal dunia akibat kebakaran dan dia terselamat kerana ibunya sempat menyerahkannya pada bomba yang datang menyelamat sebelum dapur gas rumahnya meletup lalu meragut nyawa ibu dan ayahnya. Qisya seorang yang sangat periang tapi kuat mengarah. Haa tekalah siapa yang selalu kena arah?

Panggilan telefon tadi betul-betul kasi aku pening. Agak-agaklah aku yang macho ni kena paksa kahwin oleh seorang perempuan! Qisya Naazneen pula tu. Oh ye, Qisya kini bekerja sebagai model. Sebut sahaja Qisya Naazneen pasti satu dunia tahu. Model Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa hanya selepas setahun menceburkan diri dalam bidang peragaan. Satu kejayaan yang membanggakan bagi mereka yang berada dalam industri fesyen. Mana aku tahu? Baca sahaja surat khabar, asal dia buat pertunjukkan mesti jadi headline.

Yang buat aku pelik, apahal tiba-tiba Qisya ajak aku kahwin? Padahal ramai gila jejaka-jejaka kat luar sana yang beratur nak jadikan dia teman istimewa. Siap ada yang buat pengakuan berani mati lagi. Ada ke patut sanggup tinggalkan isteri sebab nakkan si Qisya? Ada juga ustaz-ustaz yang tawar diri nak kahwin dengan Qisya. Konon nak bimbing ke jalan yang lurus. Alahai kalau sungguh nak bimbing, ramai lagi perempuan-perempuan kat Malaysia ni yang perlukan bimbingan.

Sekejap, adakah Qisya mengandung dan dia nak aku jadi pak sanggup? Oh tidak! No way Ismeralda! Tapi kalau Qisya perlukan pertolongan.....arghh sakitnya kepala aku!!!!!



“Khalil, apasal kau blur semacam hari ni?” Jun Hong, kawan sepejabat aku datang menempek kat meja aku. Apek ini kalau bos tak ada memang rajin melawat pejabat aku. Kerusi ditarik dan dia terus duduk tanpa pelawaan aku. Bahasa Melayu apek ini memang tip-top!

“Weh kalau kawan lama kau call dan terus ajak kau kahwin kau buat apa?” Soalan aku membuatkan apek itu berkerut-kerut muka macam nak buang air besar pun ada.

“Hmm aku ada satu soalan.”

“La..aku tanya kau dulu! Jawab jela!”

“Jawapan aku ni bergantung kepada jawapan yang bakal kau beri maka sila jawab soalan aku dulu.”

“Okey apa dia?” aku mula beralah bila tengok muka apek itu yang macam nak memulakan soal siasat.

“Dia cantik tak?” Ah sudah! Apek ini sudah mula keluar perangai sengal dia. Terus aku hempuk fail ke kepala apek sengal itu. Cari pasal lagi dengan aku yang moody kalah perempuan period! Macam tahu-tahu aje..

“Sakitlah! Binawe punya kawan! Jawab jela!” Si apek membetulkan rambutnya yang sikit berserabai dek kena hempuk tadi.

“Kau kenal Qisya Naazneen?” Bulat terus mata si apek yang selalunya nampak segaris dari jauh. Dipandangnya wajah aku meminta kepastian dan aku terus mengangguk.

“Dia ajak kau kahwin ke Khalil! Weh kalau kau tak nak pass je kat aku! Aku sanggup pergi sunat sekarang!” Lagi sekali aku hempuk fail ke kepala apek itu. Tak senonoh punya apek!



Dalam tak rela itu pun, segala persiapan perkahwinan aku buat. Nak harapkan Qisya? Dia memanjang ke luar negara dan hanya pulang sehari dua itupun untuk pergi kursus kahwin dan selesaikan mana dokumen yang diperlukan. Aku inilah yang macam terlebih. Yelah dua-dua pun sebatang kara maka tak ada sesiapa yang menolong kecuali kawan baik aku si apek Jun Hong yang beberapa kali nak minta tukar tempat dengan aku. Tolong ada makna apek ni!



Aku dah duduk didepan tok kadi dengan gaya macho macam biasa. Sempat juga aku menjeling ke arah Qisya yang cantik jelita macam selalu. Wartawan dari segala pelosok dunia semua hadir. Tinggal Al-Jazeera aje yang tak ada.

“Baiklah pengantin lelaki dah sedia?” soal tok kadi dengan senyuman. Aku hanya mengangguk. Terketar-ketar tanganku hulurkan pada tok kadi.

“Khalil Irfan bin Kamarul Arifin! Aku nikahkan engkau dan kahwinkan engkau dengan Qisya Naazneen binti Hakim Amsyar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.”

Belum sempat aku nak lafazkan kabulku Qisya sudah berdiri dari duduknya.

“Aku tak jadi nak kahwin dengan kau!” Qisya terus meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil memegang tangan tok kadi. Berderu wartawan dan jurugambar mengerumuni aku sambil mengambil gambar.

“Naehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”  

Pap! Kepala aku diketuk dengan remote control.

“Woi! Kau ni boleh pula tidur masa layan cerita blue dengan aku!” Jun Hong bangun lantas menutup televisyen yang sudah menayangkan kredit kepada krew dan pelakon-pelakon.

“Kepala otak kau cerita blue! Aku suci lagi bukan macam kau!” jerkahku tengah malam-malam buta. Apek ni bukan kira siang malam nak bertandang rumah aku. Rumah aku dah macam hotel untuk dia. Konon malas nak balik rumahnya di Damansara sebab ramai sangat gadis-gadis dan makcik-makcik yang berbaris dihadapan rumahnya nak minta kahwin.

“Betul apa. Inikan cerita Smurf. Semua pun biru..hahaha.” Galak si apek ketawa sambil mengemas-gemas bekas makanan dan minuman. Apek ni aku memang respek bab-bab kebersihan dia memang jaga sungguhlah.

“Tak sangka lagi dua hari kau dah nak kahwin kan? Tak bolehlah aku nak melepak rumah kau lagi.” Entah hantu sedih mana yang merasuk apek ni sampai terkeluar ayat sedih.

Pap! Aku tampal duit sepuluh ringgit kat dahi apek itu. Kalau cerita hantu cina selalunya mereka menampal azimat tapi aku mana ada benda-benda syirik macam itu. Duit kertas sepuluh ringgit itu sahajalah sebagai penganti.

“Woi!!! Kalau ye pun tampal la duit kertas seratus!” Aku yang malas melayan terus masuk ke dalam bilik tidur. Oh duit sepuluh ringgit itu aku ambil balik hahaha...




Alhamdulillah. Tiba juga hari pernikahan aku dengan model antarabangsa itu. Dari malam tadi aku asyik praktis dengan si apek cara kabul. Si apek pula seronok berlakon jadi tok kadi. Aku doakan apek itu masuk Islam biar tercapai hajat dia nak bersunat sangat. Tadi aku berjaya menikahi Qisya dengan sekali lafaz sahaja. Aku sempat tayangkan wajah bangga ke arah Qisya tapi dia tayang muka tak tahu. Pengantinku, Qisya Naazneen memang macam bidadari. Tadi si apek tayang muka cemburu apabila melihat wajah Qisya. Ada aku kisah? Dia dah jadi hak aku seorang okey! Apek itu juga yang aku jadikan pengapit. Hahaha..padan muka dia jadi khadam aku hari ini. Ramai kawan-kawan Qisya terkejut tengok pengapit pengantin lelaki seorang lelaki berbangsa Cina. Alah tak salah disisi undang-undang pun..dah dia bestfriend aku!

Malam itu, pergh..tangan aku sejuk semacam. Kalah pengantin perempuan aku rasa sebab Qisya selamba aje dari tadi. Apa-apa pun aku masih tayang muka selamba +macho. Haktuih!

“Qisya, saya nak tanya sikit.” Aku memulakan sesi perbualan. Agak-agaklah, aku ada banyak soalan nak tanya si Qisya.

“Ye abang.” Abang?! Luruh jantung aku apabila Qisya mendekatiku dengan pakaian tidurnya. Wahlawei seksi habis. Okey fokus Khalil..fokus!!!

“Kenapa Qisya nak kahwin dengan sa..abang?” Wajah Qisya kurenung dengan penuh tanda tanya. Tadi betul jangkaanku apabila dewan hotel yang aku sewa penuh jugalah dengan wartawan-wartawan dalam dan luar negara. Nasib baik bajet kahwin aku boleh kata cukup kalau tak mesti malu.

“Nampaknya abang dah lupa.” Qisya membalas renungan aku dengan wajah yang muram. Drama apa pula ini? Apa benda yang aku lupa?

“Err..maafkan abang. Boleh Qisya beritahu?”

“Abang dah lupa ke janji abang sebelum Qisya diserahkan kepada keluarga angkat Qisya?” Berkerut-kerut wajah aku. Memerah otak untuk mengingat kembali situasi ketika itu. Cerita zaman Jepun da..nampak sangat hiperbola!

“Haish pelupa sungguh! Abang janji yang abang akan jaga Qisya dan malam sebelum keluarga Puan Maznah datang abang nak lari dengan Qisya tapi kena tangkap dengan ustazah Junaidah. Kita berdua kena sebat malam tu. Esoknya masa hantar Qisya, abang kasi surat kat Qisya.” Qisya bangun lalu membuka tas tangannya. Sampul surat berwarna putih dengan belang biru merah dikeluarkan dan diberikan kepadaku.

“Dalam surat tu abang cakap yang abang akan cari Qisya selepas tujuh tahun tapi tunggu punya tunggu tak datang-datang juga. Geram punya pasal Qisya yang cari abang dulu.” Qisya dah mula memuncung. Alahai inilah pertama kali aku tengok perempuan nampak cun bila bermuncung itik. Selalunya rasa nak sepak aje.

“Maafkan abang, abang lupalah sayangku Qisya. Nasib baiklah Qisya ingat kalau tak rezeki siapalah abang yang kacak lagi bergaya ni,” gurauku dengan harapan janganlah disebabkan hal ini Qisya nak merajuk dengan aku.

“Ah tak ada! Kalau abang berani kahwin dengan perempuan lain tahulah nasib abang dengan perempuan tu! Dua-dua sekali Qisya sedekah kat puak kanibal!” Ambik kau! Aku hanya menayang sengih. Fuh cemburu juga bini model aku ni. Okey sebut pasal model...

“Hmm Qisya nak terus jadi model ke?” soalku tanpa berselindung. Gigit jari aku jika Qisya masih nak teruskan kerjaya dia. Sungguh tak rela aku jika tubuh isteriku diperaga macam ayam kat pasar pagi.

“Tak mahulah! Qisya jadi model suka-suka sahaja. Dah muak dah pun. Abang banyak duit kan? Jadi silalah tanggung Qisya mulai sekarang okey?” Dikelip-kelipkan matanya di hadapan aku. Tak payah tayang muka comellah Qisya oii aku memang rela nak tanggung kau pun!

“Okey sayang. Err..agak-agak bila kita nak tutup lampu ni?” Kujungkitkan keningku sebelah. Qisya sudah senyum malu-malu. Bini model dah bagi lampu hijau apa lagi. Eh sekejap ingat doa dulu Khalil Irfan!

p/s: tadi aku tersilap Al-Qaeda dengan Al-Jazeera..hahaha tahniah kepada sesiapa yang perasan :)


credits to 
isteriku ratu ais

Monday, 30 March 2015

Cara Menghafal Al Quran+Lirik lagu Khalifah Dunia Islam

Cara menghafal Al Quran

1.Baca satu muka 10 kali bila dah xde salah.ni akan biasakan kitea dgn perkataan2 atau kalimah2 ygt ada dlm page tu.

Lepas tu,bahagikan satu muka kpd 4 partition.lazimnya dlm satu muka ada 15 baris.jadi,satu partition ada 5 baris.bergantung pada kesesuaian...kalau ayat tu habis pada baris keenam,habiskanlah ayat tu.jgn pendekkan..kang maksud die berubah..BERDOSA




2.kalau tak berkesan jugak..asda kaedah baru.Adik pun baru nak try sebenarnya.

Camni,mula2 katakanlah kite nak hafal page 3 contohnye..kite fotostat page 3,tapi fotostat yg ada tafsir.sbb adik tak pasti kalau yg fotostat xde terjemahan tu kena ada wudhuk ke tidak.

Pastu,tampal page tu kat tempat yg kite selalu tengok.kalau adik,maybe adik akan try tampal kat locker,sbb kebanyakan masa mesti adik akan terpandang locker tu..pastu,

Tiap2 kali waktu solat,baca page tu at least 5 kali minima.cadangan adik,sng nak hafal waktu subuh sebenarnye.jadi,katakanlah pfotostat la benda tu awal2.baca waktu zohor 10 kali,asar 10 kali..waktu maghrib tu try hafal 1 or 2 partition.Isya' tu baca 3 kali sebelum tidor.pagi2 bangun baca 3 kali.dah ready2 nak solat,baca 5 kali,hafal partiton 2 n 3 n ulang dari partiton 1.pastikan MASYI..kalaukat MRSM GEMENCHEH..masyi tu lancar dan tak tersekat..

Lupa nak bagitau,skrg ni adik dah masuk asrama..MRSM GEMENCHEH..jauh nun di sana.sbb tu adik dah jarang update blog..okay..memandangkan adik xde keje..adik nak bagi satu lirik lagu.kalau nak tau bacalah..kalau tak sudi,takpelah.......






Khalifah Dunia Islam(tak pasti ada ke tak kat youtube sbb lagu ni ustazah adik yg gubah)terror tak??





Abu Bakar As Siddiq . Umar bin Al Khattab . Usman bin Affan . Ali bin Abi Thalib 2x
Khalifah2 dunia Islam....2x

Khalifah pertama Abu Bakar As Siddiq
Membenar kata nabi sahabat mulia
Antara insan pertama memeluk Islam
Disegani pekerti mulia

(chorus)

Khalifah kedua Umar Al Khattab
Khalifah berani berjiwa mulia
Diberi gelaran Amirul Mukminin
Panglima agung orang mukmin

(chorus)

Khalifah ketiga Usman bin Affan
Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan
Berani dan berbudi taat dan setia
Insan dermawan untuk agama

(chorus)

Khalifah keempat Ali bin Abi Thalib
Sepupu Rasulullah suami Fatimah
Kanak2 pertama yang memeluk Islam
Berilmu tinggi gagah dan berani

(chorus)




sekian,terima kasih.

Wednesday, 24 December 2014

Cara2 mencantikkan diri mengikut ISLAM

Cara2 mencantikkan diri mengikut ISLAM


1.Menyerikan muka : SENYUM ,in sha allah,muka kite sentiasa berseri n itu dpt mengubah presepsi org yg bersangka buruk kat kite

2.Mencantikkan muka : WUDHUK,btul,wudhuk,lepas dah ambik wudhuk,jgn lap atau keringkan muka,biar die kering sendiri,lepas dah abis solat pun,sebenarnye xpayah sapu muke,

3.Menenangkan jiwa : AL-QURAN,haa..bacalah AL-QURAN,krn AL-QURAN ni merupakan penawar segala penyakit.bet0l ke?bet0l ke tidak,kenalah buat kat diri sendiri....

ermm...ni jelah yg adik tau,harap harapnye dpt bantu korg..cau

TipS MenciPta PantUn

Assalamualaikum, Disebabkan adik dah pernah masuk pantun,adik nak kongsikan sikit pasal(ceh..pasal)cara2 mencipta pantun :



 1.Kena tau KONSEP sebenar pantun dan konsepnye ialah,jeng jeng jeng,....SANTAI -bettul ,pantun ni santai jer...kalau masuk pertandingan ,ni LANGKAH PERTAMA nak buat pantun


 2.PANTUN ada dua baris pembayang dan dua baris maksud


 3.Tips nak cipta pembayang : -bertemakan flora dan fauna -kedua-dua pembaris haruslah mempunyai kaitan,contoh : Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan -tu contoh untuk yg ada kaitan,ni contoh yg xde kaitan : Si anak dara mahir mengait,Pergi ke taman memetik bunga -xde kaitan kan,tgh ckp pasal mengait,tiba2 anak dara tu pergi petik bunga,fhm x?kalau faham pergi ke no.4,kalau x fhm bace...kalau buah cempedak tu kat luar pagar,mesti lah die mintak tolong org lain jolokkan ,kan?


 4.Tips nak cipta maksud : -biasanye kalau nak cipta maksud ni sama ada nak tanye atau jawab,oklah,tips nak jawab -Jawapan blrh ade kat baris ke 3 atau ke 4 atau BOTH la...biasenye kat yg ke 3,apa2 yg korg jwb,mesti menepati soalan


 5.mesti LOGIK,ada phm?LOGIK..contoh yg x logik : pergi berenang di dlm kolam,ternampak pula seekor jerung........xlogik kan?


 6.Intonasi : santai Muka : ikut apa yg korg tny Gaya : ceh..gaya pon ade?ikut tema atau soalan yg korg tny : bencana alam sring berlaku,Ingin dielak apa yg perlu?k katakanlah part BENCANA ALAM tu,korg buatlah muka sedih,tapi jgn bur0k pulak,time APA YG PERLU?korg nuatlah mcm korg soal.mmg soal pon kan.tapi korg mesti feel tuh,ha....FEEL


 SATU KELEBIHAN jadi pemantun ni kan,sebenarnya,pemantun ni special tau,katakanlah korg masuk pertandingan,pastu korg dpt jwb apa yg LAWAN korg tny,kirenye korg punye pemikiran akt aras yg tinggi lah.sbb ape?sebab korg hny dibenarkan jwb dlm masa 90 saat,untuk sek rndh,80 saat untuk sek men n universiti.bukannye korg tau ape yg akn disoal...hah,tu yg ramai org x sedar.dan kalau korg dah jadi pemantun,walau org lain kata,'setakat pantun je pon..'korg jgn risau,sbb ramai org xtau keistimmewaan pemantun ni... Klah,ni je untuk ari ni,hope uolls dpt manfaatkan sedikit sebanyak tips yg adik kasi ni,ENJOY!!

Saturday, 21 June 2014

nak Nasihat

Slm, boleh x sesape bagi nasihat..tax lama lagi adik ada UPSR ngan PSRA..tu bukan masalahnya..masalahnya,adik x tau nk masuk skolah apa,kat mana,pelajaran ape..yg dh berpengalaman tu bleh x bagi nasihat..adik buntu.. kalau korang nasihat..sedikit sebanyak dpt adik pertimbangkan pasal sume ni..

kekalahan punca kebangkitan

Slm, Korang tahu kan adik masuk pantun..baru hari tu pi peringkat kebangsaan..tapi rezeki xde,setakat tu jelah..nm masuk semi final pon x dpt.peringkat akhir pantun Kelantan lwn Kedah.dup dap dup dap Kelantan mng..sekolah menengah Negeri Sembilan lwn Kedah.dup dap dup dap Kedah mng..pemantun terbaek sek rndh laki..Ahmad Faiz x silap..dari Kelantan.nak tau stratergi die?..Flirting..die nk buat lwan die perasan kejap die flirt lah apa lagi.. contoh.. Dinda,kanda lantang bersuara,jgn cemburu ya.... kalau dinda belum berpunya,kanda sunting ya... last... dinda,kanda menjeling,jgn berpaling ya... sape x geram..nasib baik die lwn org lain,kalau lwn adik,nk je adik jwb... kanda,dinda bkn bunga,mengapa nk sunting.. kanda bersuara lantang,dinda bersuara merdu,buat apa nk cemburu..last x tau nk jwb ape. kalau kalah sekalipon..adik x nangis..sbb kalau x kalah,sampai bile2 adik x merasai kekalahan. Bahasa yang indah biar bertali, Gurindam jiwa tiada bandingnya; Andai kita gagal sekali, Tidak bermakna gagal selamanya. ALMAKLUMLAH..dh masuk pantun jadi budaya..yelah,kalau pertandingan dh abis,sape yg nk teruskan..jadi kat sinilah segala angan2 terukir..konon...bye..Assalam

Thursday, 20 March 2014

daRJah EN4m

SLM, Sekarang adik dh darjah enam tau!bukan dah jahanam!tapi ttp panggil adik..best kan!adik baru lepas abis periksa SKTM ngan SAR tapi SIRAH blum..baru nk wat jp lagi,kt SAR,huaahh:( SK adik dh dpt kertas ALHAMDULILLAH..5 subjek adik score A!!tapi ada yg ngam-ngam je..ni markahnye mengikut tertib menurun ye: Penulisan-97 Matematik-82 BI -80 Sains -80 Pemahaman-80 Penulisan adik dpt paling tinggi dlm kelas,siap tulis CEMERLANG lagi kat kertasnye..BI,SAINS ngan MATHS ngam ngam je..xpelah next time adik usaha lagi .. Berlawan hebat putera perkasa, Turun dari alam bunian; Janganlah mudah berputus asa, Kerana Usaha Tangga Kejayaan. PaNtUn NaSiHaT...